Few days back, we had our class trip to Malaysian Association For The Blind (MAB). It was organized by our deary classrep, Tarmizi Hamid. To be honest, kami semua amat terkejut dengan infrastruktur bangunan itu sendiri. Ianya tersegam indah bagaikan sebuah bangunan pejabat untuk golongan-golongan maha kaya. Begitu mewahnya kelihatan bangunan ini. Serius lagi lawa dari bangunan fakulti kita (masscomm). LOL!
Namun siapa sangka bangunan yang tersegam gah ini menghunikan golongan kurang upaya penglihatan yang pasti amat memerlukan bantuan.
Ketibaan kami di sambut penuh mesra oleh pihak MAB iaitu kak Siti (Seorang kurang upaya penglihatan juga). Kak Siti merupakan seorang Assistant PR di situ. Kak Siti adalah seorang bekas pelajar UiTM juga. Dulu kak Siti mengambil Performing Arts di UiTM Puncak Perdana. Itu membuatkan kami berasa begitu dekat dengan dia. Maklumlah, dari keluarga yang sama katanya. Jadi tidak hairanlah mengapa PR skills kak Siti begitu bagus sekali. Setibanya kami disitu, sarapan pagi telah siap menunggu di ruang makan. Setelah bersarapan pagi, kami di bawa ke dewan untuk taklimat bersama kak Siti juga beberapa lagi pegawai disitu. Mostly yang kerja situ pun adalah mereka yang kurang upaya penglihatan ini juga. Itu yang membuatkan kami benar-benar tersentuh. Melihat mereka yang begitu berdikari tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Dalam taklimat itu, barulah kami tahu yang sebenarnya MAB ini hanya berfungsi sebagai sekolah bagi orang-orang kurang upaya penglihatan ini dan bukannya menjadi rumah kebajikan untuk didiami mereka. Sekolah ini mengajar serta membimbing golongan ini untuk menjadi lebih berdikari. Bukan itu sahaja, mereka juga dilatih dari segi vokasional agar mereka boleh mendapat kerja di luar sana kelak.
Setelah taklimat juga beberapa demonstrasi (bagaimana langkah yang betul untuk membantu orang kurang upaya penglihatan) di dalam dewan itu, Kami dibawa pula melawat seluruh kawasan sekolah. Apabila setibanya kami di perpustakaan mereka, kami telah ditunjukkan pelbagai alat bantuan pembelajaran yang begitu berteknologi untuk membantu mereka. Antaranya adalah, komputer-komputer yang boleh 'bercakap', kalkulator yang mempunyai suara, jam tangan yang ada tulisan braille dan macam-macam lagi. Di situ juga, kami dapat lihat hampir semua buku (baik buku pelajaran mahupun buku cerita/novel dan termasuk juga Al-Quran) yang menggunakan tulisan braille. Turut dilawati juga adalah beberapa bilik recording untuk merakam suara bagi membantu mereka mendengar apa yang sebenarnya terkandung di dalam penulisan sesebuah buku itu.
Setelah puas menjelajah ke seluruh bangunan, kami akhiri kunjungan kami dengan makan tengahari yang turut disediakan oleh pihak MAB di kantin mereka. Setelah usai semuanya, kami mengambil gambar di hadapan perkarangan bangunan dan akhirnya naik semula ke dalam bas kami. Terima kasih MAB kerana sudi menerima kunjungan kami!
Bagi mereka yang ingin menjadi sukarelawan yang ingin membantu golongan yang kurang bernasib baik ini, anda boleh datang terus ke sini, Kompleks MAB, Jalan
Tebing Off Jalan Tun Sambanthan 4, 50470 Kuala Lumpur, atau boleh terus menghubungi mereka (Nombor ada dalam gambar bawah tu haa. Nampak kan? Bagus.) bagi membuat janji temu. Salah satu contoh bantuan yang boleh kita semua salurkan adalah dengan menjadi sukarelawan untuk merakam suara membaca buku-buku yang ada di perpustakaan mereka. Percayalah, mereka memerlukan bantuan juga sokongan kita!
"Awak semua ada kemungkinan besar untuk menjadi seperti kami, namun kami mempunyai peluang yang amat tipis untuk menjadi seperti awak semua" - Kak Siti.
Sementara kita masih celik, jawab soalan ini :
Mengapa perlu diutamakan rebat RM200 untuk smartphones yang ternyata barang kehendak, kalau tidak diutamakan RM800 untuk SATU software JAWS ( http://www.karishmaenterprises.com/JAWS.htm ) yang ternyata suatu keperluan bagi mereka?

No comments:
Post a Comment