Ramai yang tidak tahu sebenarnya rokok itu haram dari sudut agama Islam. Ada juga yang tahu, tapi masih buat-buat tak tahu. Let's get things straight, Malaysia is a Muslim country. Kononnya agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Ini membuktikan bahawa majoriti rakyat Malaysia adalah Muslim, betul? Tapi sedar tak kita bahawa selama ni, pernah tak kita nampak kempen-kempen berhenti merokok berhubungkait dengan hukum sebenar menghisap rokok ini? Sering kali kita melihat kempen-kempen berhenti merokok menggunakan "tagline" seperti, "Katakan taknak pada rokok!" dan "Rokok itu membahayakan kesihatan". Pernah tak kita nampak "Rokok itu haram"? Dey! Back to basic! Sudah terang lagi bersuluh Islam telah mengatakan bahawa rokok tu haram, jadi haramlah hukum dia. The end. Full stop. Kenapa tidak digunakan isu haram itu sebagai kunci utama untuk menjayakan kempen-kempen berhenti merokok ini? Kata negara Islam, tapi soal halal haram tidak di ambil serius oleh pihak kerajaan. Ingat tak lagi kita sewaktu Colgate ada isu yang kononnya ubat gigi mereka haram? Benda yang 50%-50% macam tu kita sibuk nak kata haram, sedangkan rokok ni dah terang-terang keluar fatwa mengatakan haram, apa yang kita buat?
Mungkin akan ada pihak yang akan mempertikaikan sekiranya pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan mengeluarkan atau melancarkan kempen "Rokok itu haram". Mungkin mereka akan kata yang kempen seperti ini tidak relevan dalam Malaysia sebab kita ada bangsa dan agama lain yang harus dilibatkan sekali. Kononnya kempen macam ini hanya tumpukan kepada orang Islam seemata-mata. Now, lets use our simple logic thinking. Kenapa Islam mengharamkan rokok? Sebab rokok membahakan kesihatan! Jadi, orang yang bukan beragama Islam pun boleh mengambil pengajaran daripada pengharaman rokok ini. Kalau benda tu elok, takkanlah Islam suka-suka nak haramkan kut. Betul tak?
Kenapa harus kita jalankan sesebuah kempen berhenti merokok dengan hanya satu fungsi utama sedangkan kita boleh masukkan juga hukum menghisap rokok dari sudut agama Islam itu sendiri? I mean come on. We can kill two birds with one stone. And I personally thinks that, this is a serious matter that the government or any NGO should take action on. Hukum halal haram jangan dipandang rendah. One organization should work on this as soon as possible before more Muslim smokers will be born. Takbir!
P/S - Here's a link for you Muslim smokers yang masih ingin mempertikaikan isu ini. Read it.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

No comments:
Post a Comment