Wednesday, October 17, 2012

10 October 2012 #nomorecig

I've been a smoker since I was in form 3. Mulanya hanya sekadar mencuba, namun lama kelamaan, ianya menjadi suatu habit. Habit buruk yang semakin lama semakin tegar, semakin lama semakin sukar untuk dibendung lagi. Mulanya hanya seronok-seronok, namun lama kelamaan, diri ini sudah terperangkap dalam "addiction" yang sering diperkatakan para perokok.

Bapak seorang perokok yang tegar. Saya masih ingat lagi sewaktu masih dibangku sekolah rendah lagi, saya dan abang menampal "no smoking" dalam rumah sebagai medium untuk menyuruh bapak berhenti merokok. Namun begitu, usaha kami gagal. Orang dulu-dulu pernah berkata, "Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Akhirnya, saya dan abang turut mengikuti jejak langkah si ayah. Namun begitu, tidak pernah sekali pun saya salahkan bapak kerana bagi saya itu adalah satu alasan bodoh untuk menghisap rokok. Dulu cakap orang, sekarang sendiri pun buat...

Makin disuruh berhenti, makin liat rasa diri ini. Samalah macam budak-budak kecil pun, semakin ditegah semakin dia buat. Bukan tidak mahu berhenti. The fact that the temptation of cigarettes is unbearable, I have to admit. I've tried once to stop smoking, and I've lasted for only 3 weeks and not more. Datang semula si tembakau menjadi penyeri hari. 

Saya tahu tiada faedahnya menghisap rokok ni. Tapi tolonglah kepada golongan yang bukan perokok ni pergi tanya mana-mana perokok, pasti mereka kata rokok ni boleh buat "release tension". Ideologi ini sering dikatakan alasan yang merepek oleh golongan yang tidak pernah mengerti ini. Tapi itulah kenyataannya. Kajian pun sudah membuktikan bahawa, nikotin yang terdapat di dalam sebatang rokok akan mengeluarkan sejenis chemical yang akan membuatkan si perokok merasa lebih tenang. Dalam bahasa mudah, "rasa sedap je..." ni bukan saya yang cakap, doktor yang cakap.    Berlandaskan "fatwa" yang saya pegang ni, saya pun meneruskan aktiviti penuh murni ni. :)

Hari berganti hari, bulan demi bulan, waktu terus berputar dan tanpa saya sedar, sudah 7 tahun saya menjadi seorang perokok. Cuba bayangkan, mungkin begini rupa paru-paru saya sekarang... MUNGKIN! Manalah saya tahu.




Until one day, my girlfriend wanted to go to our uni clinic because she was having a fever. Nak dijadikan cerita, saya ternampak satu bunting tertulis "Klinik berhenti merokok". I was like, macam seronok je. So i registered as one of the patient SECARA SUKARELA TANPA SEBARANG PAKSAAN. That's right! No one force me to do it. I told you already, kalau dipaksa, memang tak jalan. Kesedaran itu akan datang dengan sendirinya.





On 10/10/2012, I officially pledged to stop smoking. Today, its been exactly one week, saya cuma bocor sebatang sahaja. (Dulu, beli sekotak petang ni, petang esok dah habis). Well hey! its an achievement for me tho. Proud of myself! I hope, this time onwards, I'll stop smoking for good. For you dad, hope this would be an encouragement for you to stop too! You had a mini heart attack before, remember?






-Hikayat seorang perokok-

No comments:

Post a Comment