Mohd Hakim bin Manaf atau nama manja yang diberi oleh ibunya iatu Ajim merupa seorang pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah luar bandar yang terletak di dalam daerah Jerantut, Pahang. Ajim merupakan seorang pelajar cemerlang dari segala aspek, baik dari segi akademik, kokurikulum mahupun secara sasiah. Semua pelajar dan juga para guru di sekolah itu amat senang dengan kehadiran Hakim kerana dia adalah seorang insan yang sangat berbudi perketi. Hakim mempunyai sikap yang sangat positif sentiasa. Walaupun dia berasal dari keluarga yang miskin, tidak pernah sekali pun terlintas dalam dirinya untuk menyesali kelahirannya dalam keluarga itu. Malahan pula, Hakim telah banyak kali memberitahu ibunya atau lebih di kenali sebagai mak Jah oleh orang kampung mereka, bahawa dia berjanji akan mengubah nasib mereka. "Ibu, ibu jangan risau. Ajim janji, Ajim akan belajar sungguh-sungguh, dan Ajim akan ubah nasib kita bu! Ajim tak mahu ibu kerja kuat-kuat jual kuih, ambil tempahan jahit baju orang kampung lagi. Ajim nak ibu rehat pula, biar Ajim yang kerja kuat-kuat untuk ibu!" Janji itu sentiasa terngiang-ngiang di telinga mak Jah tatkala setiap kali dirinya meratapi pemergian arwah suami yang sudah hampir lebih 10 tahun meninggalkan mereka. "Ibu hanya ada Ajim sorang je dalam dunia ni, nak. Kau belajarlah rajin-rajin. Doa ibu kan sentiasa menemani setiap langkah kau, sayang." Hidup Hakim hanya untuk ibu tercinta. Walaupun di sekolah, Hakim menjadi kegilaan para pelajar perempuan kerana muka kacak persis pelakon hero Melayu dimilikinya, namun tidak seorang pun 'peminatnya' yang cinta dibalas oleh sang kacak. Tiada orang lain di dalam hidupnya selain dari si permaisuri yang sentiasa menanti di hadapan pintu pondok usang milik meraka, setiap hari pulang dari sekolah.
"Assalamualaikum ibu, maaf lambat sampai ke rumah. Tadi habis je sekolah, cikgu Ahmad nak jumpa. Katanya ada hal mustahak." dalam nada yang masih semput kepenatan, Hakim menyambut tangan ibunya yang sabar menanti di ruang pintu. "Hal penting apa Ajim? Kau bergaduh di sekolah ye? Kau jangan buat malu ibu sayang. Tak pernah ibu ajar kau bergaduh dengan orang lain. Kita ni orang susah, jim. Kalau buatnya orang yang kau bergaduh tu saman kita, kita nak bayar pakai apa?" belum sempat Hakim membuka kasut sekolah yang layaknya ke tong sampah itu, seperti 'machine gun' ibu menembaknya. "Ish! Ibu ni, belum sempat apa-apa lagi ibu dah tembak Ajim kan? Taklah ibu. Cikgu Ahmad jumpa tadi, dia cakap Ajim telah dicalonkan sebagai pelajar terbaik sekolah berdasarkan keputusan percubaan SPM tempoh hari." terang Hakim seraya menarik tangan ibunya masuk ke dalam rumah. "Alhamdulillah! Pandai juga anak ibu kan? Tak macam ibu dia. Bodoh." "Ibu pandailah! Ibu pandai masak, pandai jahit baju tempahan, pandai kemas rumah, dan paling penting, ibu pandai jaga Ajim." "Yela tu. Kau kalau bab membodek ibu, memang cekap. Sudah la tu. Pergi tukar baju. Lepas tu kita makan sama-sama. Lauk ikan goreng semalam sudah ibu panaskan."
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tanpa sedar akan masa yang berlalu begitu pantas, Hakim akan menduduki peperiksaan SPM pada minggu hadapan. Sama seperti pelajar lain, mereka akan belajar hingga lewat malam sebagai persediaan buat kali terakhir sebelum menghadapi peperiksaan terbesar itu. Namun bezanya Hakim dengan mereka, mereka diterangi oleh lampu pendaflor sebagai peneman, tetapi bagi Hakim, cukuplah hanya dengan pelita ayam asalkan dia nampak perkataan-perkataan yang dicetak pada buku pelajarannya. Sebelum tidur, ibu selalu berpesan agar jangan tidur lewat sangat. Takut nanti anaknya itu tidak cukup rehat, tetapi Hakim tidak menghiraukan nasihat ibunya itu kerana bagi Hakim, inilah peluang terakhirnya untuk mengubah nasib keluarganya. "Biar aku susah sekarang, janji aku dapat ubah nasib aku dan ibuku". Itulah kata-kata yang sentiasa menjadi peneman Hakim dalam mengharungi cabarannya ini.
"Kringgggggg". Tepat pada pukul 6 pagi, jam loceng yang sudah hampir tercabut beteri itu seperti biasa membunyikan diri agar dua orang isi rumah itu bangun dari alam mimpi, teruskan pula hari mereka di alam realiti. "Jimmm, bangun sayang. Kau ada peperiksaankan hari ni? Pergi mandi, solat subuh, ibu siapkan bekal untuk kau ke sekolah". Tanpa membantah, Hakim melangkah berat penuh mamai ke arah tandas yang berada di luar rumah. Saat air dingin kolah itu membasahi tubuhnya, saat itulah sang hero menggelitin kesejukan. Mana tidaknya, kesejukkan air itu amat dirasai sehinggakan menusuk ke tulang rusuk. Tetapi dia gagahkan juga. Setelah usai bersiap dan menunaikan solat, Hakim terus ke ruang makan di mana ibu telah menyiapkan sekeping roti buat bekal. "Ibu! Inilah saatnya. Setelah sekian lama Ajim berusaha mengulangi mata pelajaran, hari ni lah penentu segalanya. Doakan Ajim ye bu?" Hakim memulakan bicara. "Sentiasa. Kau jangan risau, ibu tahu kau boleh." jawab ibu ringkas.
Seperti yang telah di jangkakan, begitu ramai pelajar bersama ibu bapa mereka berada di kawasan perkarangan sekolah. Pelbagai reaksi yang boleh mentafsir pelbagai perasaan sewaktu Hakim melangkah masuk pagar utama sekolah untuk mendapatkan keputusan SPM yang telah lama dia nantikan sampai tidak dapat tidur dia buatnya. Ada yang menangis kegembiraan, ada yang menangis dalam duka, dan ada juga yang tiada perasaan. Hakim melangkah semakin laju. Perasaan berdebar-debar yang menemani setiap langkahnya itu tidak dapat dibendung lagi. Jantungnya berdegup laju mengalahkan keretapi KTM. Cikgu Ahmad menanti di dalam kelas dengan senyuman yang lebar sehingga ke telinga. Turut menanti beberapa orang rakan sekelas Hakim yang kelihatan tidak sabar-sabar untuk mengetahui keputusannya. Setelah slip keputusan berada ditangan, Hakim terus membaca slip itu penuh tekun, melihat senarai gred setiap subjek yang berjaya diperolehnya. Belum sempat dia habis membaca slip itu, cikgu Ahmad bersama-sama rakan sekelasnya yang lain itu datang memeluk sambil mengeluarkan kata-kata ucap tahniah. Ternyata, Hakim mendapat A bagi kesemua 11 subjek. Dalam keadaan yang begitu gembira, Hakim memeluk setiap insan-insan lelaki yang berada disekeliling itu. "Tidak dapat dinafikan lagi, awaklah pelajar terbaik sekolah ini." "Terima Kasih cikgu. Saya tak tahu nak cakap bertapa gembiranya saya." "Nanti dulu, kim! Sebelum kau teruskan 'award winning speech' kau tu, dengar dulu berita seterusnya dari ckgu Ahmad kita ni." kata Saiful cuba memberi suatu petunjuk. "Haaa? Apa maksud kau? Cikgu Ahmad, apa lagi berita gembira yang si Saiful katakan tu?" dalam keadaan terpinga-pinga seperti rusa masuk kampung Hakim bertanya. "Sebenarnya Hakim, awak telah berjaya mendapat biasiswa tajaan penuh oleh pihak JPA untuk meneruskan pengajian di luar negara." lantas cikgu Ahmad mengeluarkan surat tawaran biasiswa itu dan disambut penuh bersyukur oleh Hakim.
Hakim yang tidak sabar-sabar ingin berkongsi berita-berita gembira ini bersama kekasih hatinya itu terus melangkah keluar sekolah dengan langkah yang begitu bersemangat. Baginya, segala usaha dan titik peluhnya selama ini adalah tidak sia-sia. Perjalanan pulang ke rumah yang jaraknya lebih kurang 5 km dari sekolah itu sempat lagi digunakan oleh Hakim untuk berangan-angan. Dia sudah bayangkan dirinya berada di negara orang putih sambil memakai baju sejuk dalam musim salji. Sudah tentu pengalaman yang belum pernah dirasainya itu menguatkan lagi hasratnya untuk ke sana. Hakim memasang cita-cita untuk melalui semua pengalaman itu bersama ibu tercinta. "Aku tak kira, kalau pihak JPA nak sponsor aku belajar di sana, aku nak mereka sponsor mak aku sekali untuk ke sana!" bisik Hakim penuh berperasaan.
Setibanya Hakim pada selekoh terakhir dari jalan besar untuk masuk ke simpang kecil yang berada di seberang jalan untuk kerumahnya itu, tiba-tiba dia melihat suatu kejadian aneh yang berlaku disitu. Belum pernah seumur hidup, simpang kecil ke arah rumahnya itu dibanjiri orang ramai. Memanglah pun begitu, apa saja yang ada pada hujung jalan simpang itu? Hanya pondok buruk Hakim dan ibunya sahaja. Jadi tidak hairanlah sekiranya tiada orang yang memasuki simpang kecil itu. Tapi kali ini betul-betul buat Hakim naik bingung. "Apa mereka semua ni buat di situ? Rombongan meminang ibu ke?" hatinya bicara kecil.
Tanpa membuang masa, Hakim melintas jalan besar itu untuk mendapatkan mereka. Dalam bulatan penuh orang itu, Hakim dapat melihat seperti ada seseorang yang terbaring disitu. Ditolak-tolak orang disebelah kanan dan kirinya agar dia dapat melihat siapakah gerangan individu yang terbaring disitu. Amat luluh jantungnya seperti kaca jatuh berderai ketanah apabila melihat individu yang terbaring tidak bernyawa itu adalah si permaisuri yang sepatutnya sudah menunggu di ruang pintu akan kepulangan penuh bermakna. Dilihatnya pada sisi ibu, bakul kuih yang sudah terbalik bersama-sama sisa kuih yang bergelimpangan di atas jalan tar itu. Dalam pada air matanya jenuh mengalir deras seperti air terjun Niagara Falls, Pak Dol pergi mendapatkannya. "Ibu Hakim dilanggar oleh sebuah motor. Penunggangnya telah pun kami tangkap dan akan dihantar ke balai polis. Bersabarlah, kim. Ini dugaan dariNya." dalam keadaan penuh simpati, jiran sekampungnya itu memberi penerangan dan cuba memujuk si anak. "Ibu, kenapa ibu tinggalkan Hakim? Ibu tahu tak kita bakal ke negara orang putih? Ibu tahu tak kita bakal ubah nasib keluarga kita? Ibu tahu tak, rumah idaman ibu... bakal Ajim bina?" semua persoalan itu diluahkan penuh kesal kerana belum sempat dia melakukan semua itu bersama ibu, si dia sudah pergi buat selamanya...

"Pondok buruk ini akan ku tukar menjadi Bungalow impian ibu, suatu hari nanti!"
-TAMAT-